Perhubungan asing Persatuan_Negara-negara_Asia_Tenggara

Rencana utama: Sidang Kemuncak ASEAN

ASEAN mengekalkan rangkaian persekutuan global, rakan dialog dan misi diplomatik, dan terlibat dalam pelbagai urusan antarabangsa.[13][14][15][16] Organisasi ini mengadakan Sidang Kemuncak ASEAN, di mana ketua-ketua kerajaan setiap negara anggota bertemu untuk membincangkan dan menyelesaikan isu-isu regional, serta mengadakan pertemuan lain dengan negara-negara di luar blok untuk mempromosikan hubungan luar dan menangani hal-hal internasional. Sidang kemuncak pertama diadakan di Bali pada tahun 1976. Sidang kemuncak ketiga di Manila pada tahun 1987, dan semasa pertemuan ini, diputuskan bahawa para pemimpin akan bertemu setiap lima tahun.[51] Mesyuarat keempat diadakan di Singapura pada tahun 1992 di mana para pemimpin memutuskan untuk bertemu lebih kerap, setiap tiga tahun.[51] Pada tahun 2001, ia memutuskan bahawa organisasi akan bertemu setiap tahun untuk menangani isu-isu penting yang mempengaruhi rantau ini. Pada Disember 2008, Piagam ASEAN mula berkuat kuasa dan dengan itu, Sidang Kemuncak ASEAN akan diadakan dua kali setahun. Sidang kemuncak rasmi itu diadakan selama tiga hari, dan biasanya termasuk mesyuarat organisasi dalaman, persidangan dengan menteri luar ASEAN Regional Forum, mesyuarat ASEAN Campur Tiga dan ASEAN-CER, pertemuan negara anggota dengan Australia dan New Zealand.[52]

Rujukan

WikiPedia: Persatuan_Negara-negara_Asia_Tenggara http://www.abs-cbnnews.com/global-filipino/world/0... http://www.aseanports.com/ http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/ma... http://www.foreignpolicyjournal.com/2014/10/15/the... http://www.iht.com/articles/1994/07/26/caucus.php http://www.iht.com/articles/ap/2008/12/15/asia/AS-... http://www.investasian.com/2015/01/27/southeast-as... http://news.nationalpost.com/news/canada/years-aft... http://www.nationmultimedia.com/national/Thailand-... http://www.philstar.com/headlines/2014/04/24/13158...